Isnin, 16 Julai 2012

PERHIMPUNAN OREN???


KHIANAT KEPADA FELDA !!!!

Umno-BN Tidak Boleh Dimaafkan .. !!!

KUALA TERENGGANU- Persatuan Anak-anak Peneroka
Kebangsan Peringkat Negeri
Terengganu mendakwa
... Perhimpunan Oren
‘Selamatkan Felda’ yang
diadakan di masjid Wilayah Persekutuan Sabtu lalu telah
berjaya mencapai sasaran. Pengerusinya, Cikgu
Shalahuddin Jaafar berkata,
apa yang paling penting
adalah penyerahan
memorandum rakyat kepada
Yang DiPertua Agong. “AlhamduliLlah, perhimpunan
berjaya mencapai sasaran dan
yang paling penting Memo
Rakyat telah berjaya di
serahkan kepada Yang
DiPertuan Agong, “seluruh anak-anak peneroka
Felda dan warga Felda,
khususnya di negeri
Terengganu menjunjung kasih
Yang DiPertuan Agong dan
kita berdoa tanah-tanah Felda dapat diselamatkan,”ujarnya
ketika ditemui ditemui selepas
Himpunan Oren di masjid
Wilayah Persekutuan, pada
Sabtu 15 Julai.
Menurutnya, sembilan puluh peratus tanah di rancangan
tanah Felda adalah milik
orang-orang Melayu, Islam
dan sebahagiannya adalah
tanah rezab orang-orang
Melayu. Katanya, penyenaraian Felda
Global Venture Holding yang
melibatkan tanah-tanah Felda
menyebabkan risiko
kehilangan tanah terbabit,
bahkan tindakan tersebut adalah menggadai tanah air.
Sehubungan itu, beliau
menggesa Pengerusi Felda Tan
Sri Isa Samad dipecat kerana
beliau tidak layak memegang
tampuk tertinggi Felda kerana jenayah yang dilakukan.
“(Tan Sri) Isa Samad tidak
boleh dipercayai sebagai
Pengerusi felda kerana rekod
rasuah dalam pemilihan
Presiden Umno, beliau telah menggadai pula tanah air
dengan menyenaraikan Felda,
“dia (Isa Samad) mesti dipecat
segera, (kerana) langkah
penyenaraian Felda adalah
satu pengkhianatan kepada peneroka,”tegasnya yang
juga Timbalan Yang diPertua
PAS Besut.
Akibatnya, kata beliau, Felda
kehilangan hasil kerana
mengadai tanah Felda Plantation dan beliau optimis,
kebajikan para peneroka akan
terabai.
Beliau menyeru rakyat
khususnya warga Felda agar
menolak Umno dan Barisan Nasional pada pilihanraya
akan datang kerana
pengkhianatan Umno
terhadap warga Felda dan
orang Melayu.
“Hasil Felda berkurang kerana tanah Felda Plantation telah
digadai, pendapatan peneroka
akan kurang, tanah (seluas)
360,000 ekar sepatutnya
(dapat) dibahagikan kepada
generasi kedua dan ketiga Felda,
“warga Felda dan orang
melayu tidak lagi selamat,
apa-apa boleh berlaku (kerana
penyenaraian Felda)
menyebabkan sebahagian hasil terpaksa dibahagi kepada
orang asing, termasuk plabur
dari Yahudi dan Israil, ini
pengkhianatan Umno- BN
yang tidak boleh
dimaafkan,”tambahnya ..

P/S : PD ANAK2 FELDA OR YG LAEN TU...KALU X PAHAM SILA BERTANYA...JGN HUKUM TERUS.... sekian ..
kbye !!!